Powered By Blogger

Monday, 16 April 2012

Sanggup lakukan walaupun akan mengadai bangsa sendiri


LUAHAN HATI SEORANG BAPA YANG KECEWA DENGAN SIKAP ANWAR...


SAYA sebagai pendidik dan bapa kepada anak-anak yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) memang akan berasa cukup gembira jika pihak kerajaan sanggup menyediakan pendidikan percuma di peringkat pengajian tertinggi untuk rakyatnya.

Namun, sebagai sebuah negara yang masih membangun dan menuju kepada negara maju, adakah Malaysia sudah mampu untuk memberi pendidikan percuma di peringkat tertinggi kepada semua rakyatnya?

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu usaha murni yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi tanpa memberi beban kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira agama dan bangsa.

Pinjaman PTPTN amat mudah dan terdapat pelbagai cara untuk mengutipnya semula. Kutipan semula hanya dibuat selepas enam bulan sehingga peminjam mempunyai pekerjaan. Difahamkan pihak kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM48 bilion. Sehingga kini 83 peratus peminjam membuat bayaran pinjaman secara berkala. Cuma 17 peratus sahaja masih ingkar untuk membuat bayaran.

Bayangkanlah jika PTPTN tidak dilaksanakan oleh kerajaan, bagaimana ibu bapa hendak mengeluarkan bayaran yang tinggi untuk anak-anak mereka melanjutkan pengajian tinggi? Ini terutama bagi ibu bapa yang kurang berada atau anak-anak yang mempunyai pencapaian pendidikan di tahap sederhana.

Mungkin untuk pelajar cemerlang, mereka mudah mendapat biasiswa atau tajaan. Begitu juga dengan ibu bapa yang berada, pasti mampu menyediakan insurans pendidikan anak-anak mereka.

Pinjaman yang diberi kepada lebih 100,000 pelajar IPTA atau swasta (IPTS) ini perlulah dibayar semula sebagai modal pusingan untuk pinjaman pelajar lain pula. Hutang ini dikutip balik sebenarnya adalah untuk mengisi semula tabung sedia ada bagi kegunaan pelajar pada masa akan datang.

Bukankah membayar hutang sesuatu yang wajib dijelaskan seperti tuntutan agama? Urusan pengutipan semula sebenarnya tidak membebankan kerana pelajar diberi peluang sehingga mempunyai pekerjaan untuk membayar semula pinjaman.

PTPTN akan menganugerahkan secara percuma pinjaman tersebut sekiranya pelajar mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) cemerlang. Oleh itu, pelajar perlu membuktikan kemampuan mereka mendapatkan anugerah CGPA cemerlang supaya pinjaman PTPTN dijadikan sebagai biasiswa. Ini memberi motivasi kepada mereka untuk terus mengekalkan kecemerlangan dalam pengajian mereka.

Mengapa PTPTN menjadi mangsa cemuhan dan kritikan? Sebagai penjaga yang berpendapatan sederhana, saya setuju PTPTN diteruskan demi kebajikan dan kesinambungan nasib bangsa Malaysia.

Janganlah pendidikan dan masa depan anak bangsa digadai atas kepentingan politik. Janganlah politikkan pendidikan negara.

Sunday, 15 April 2012

Ini lah pemimpin remote !!!!


Anwar SANGGUP



Demang muflis kata-kata bagi memggambarkan isu PTPTN yang dimanipulasi semahunya oleh pembangkang mutakhir ini.

Apa lagi nak dikata? Anwar langsung tidak memikirkan implikasi pada negara dalam usahanya untuk mendapatkan undi pilihanraya.

Meskipun banyak pihak berpendapat menggunakan mahasiswa adalah alat terakhir Anwar namun Demang percaya Anwar masih ada lagi beberapa senjata terakhir.

Mengeksploitasi kumpulan tertentu dengan memanipulasi kepentingan mereka adalah strategi yang berkesan.

Ia bukan satu rahsia kerana semua orang tahu tentang itu.

Cuma persoalannya, sanggup atau tidak kita memperjudikan nasib rakyat dan negara dengan memperalatkan sesuatu isu?

Setakat ini sudah banyak kali Anwar membuktikan bahawa dia SANGGUP!


Perpecahan PR telah bermula


Ketua Himpunan Penyokong PAS Penang kini Menentang Pakatan.

alt


Dr. Oii @ yang merupakan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Pulau Pinang merangkap Ketua Penerangan DHPPP pada 25 Mac 2012 telah mengisytiharkan tentangannya terhadap PAS dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.Satu sidang media telah dibuat di Pasar Awam Bayan Baru berhubung perasaan tidak puas hatinya dengan layanan PAS Pus Vellautham at terhadap DHPP.

PAS Pusat menuduh DHPP Pulau Pinang tidak efektif dan tidak berfungsi sekaligus menyebabkan Dr. Oii @ Vellautham berasakan dia telah dikhianati oleh parti yang disokongnya selama ini.Sidang medianya telah dihadiri oleh 9 orang wartawan dari Sinar Harian, The Star, Guan Ming Daily, TV3 dan Utusan, manakala Dr. Oii @ Vellautham hanya hadir seorang tetapi mewakili 50 orang ahli DHPP Pulau Pinang yang tidak berpuas hati dengant indakan PAS Pusat yang tidak melayan tuntutan kalangan ahli-ahli DHPP negeri dan Pusat agar diberi peluang menjadi calon mewakili PAS pada PRU13 kelak.

Antara ucapan Dr. Oii @ Vellautham ialah:-Tindakan keluar parti adalah kerana tidak percaya dengan kepimpinan PAS Pusat kerana tidak mencalonkan seorang pun dari kalangan ahli DHPP di 6 buah negeri seperti yang dijanjikan untuk kerusi-kerusi Pilihanraya.Dr. Oii akan berusaha untuk menjadi calon Bebas di DUN N.38 Bayan Lepas dan sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuklah dari UMNO - BN bagi menghadapi Pakatan Rakyat pada PRU akan datang.

PAS disifatkannya sebagai sebuah parti bukan untuk orang Islam, malah bukan juga untuk semua kaum sepertimana yang dijanjikan walaupun di Pulau Pinang sendiri sudah ada lebih 1000 orang ahli DHPP.Dia tidak ekcewa apabila membuat keputusan untuk keluar dari PAS malah menganggap keputusannya itu akan diikuti oleh ahli-ahli DHPP yang lain di seluruh Malaysia selepas PAS mungkir janji untuk meletakkan calon bukan Islam pada PRU akan datang.

Berdasarkan maklumat, Dr. Oii @ Vellautham telah memohon untuk menjadi calon PAS di DUN Bayan Lepas, tetapi hasratnya bukan sahaja ditolak malah dia dituduh sebagai gila kedudukan dan jawatan. Layanan buruk telah diberikan oleh kepimpinan PAS Pulau Pinang dan PAS Pusat.Ekoran pengumuman yang dibuat oleh Dr. Oii @ Vellautham, lebih kurang 50 orang ahli DHPP Pulau Pinang, majoritinya dari masyarakat India turut bertindak keluar parti sepertimana Dr. Oii.

MERAIH SIMPATI DENGAN JANJI-JANJI YANG TAK RELEVEN


TUN M DAKWA TIADA PELAJARAN PERCUMA DI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI


Bekas Perdana Menteri itu mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan pinjaman PTPTN jika dilantik menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum nanti.KLIK DI SINI

Sanggup mengadai nyawa demi mencari rezeki ...


Kaum Madura Ampangan


Satu kaum yang agak unik di kalangan pendatang Indonesia di Seremban adalah kaum Madura.  Orang Madura sangat kuat bekerja dan mereka beragama Islam. Di Ampangan kelompok ini menempati kawasan Blok C, khususnya Lorong 3. Secara umum orang-orang  Madura boleh didapati di seluruh pelosok di bandar Seremban ini.
Satu hal yang menarik ialah orang-orang Melayu di Seremban, termasuk anggota PDRM tidak mengenali temperamen kaum Madura ini. Orang-orang Melayu bersikap streotype terhadap semua pendatang Indonesia, dan tidak mahu mendekati dan mengenali mereka. Pulau Madura yang terletak di timur Pulau Jawa adalah satu pulau gersang dengan kawasan pertanian yang amat terbatas. Kemiskinan yang disebabkan oleh terbatasnya sumber ekonomi serta kepadatan penduduk yang tinggi membuatkan ramai penduduk Madura meninggalkan pulau itu sama ada menyertai program pemerintah Indonesia (transmigrasi) atau mengadu nasib di negara tetangga (Malaysia).
Oleh kerana sifat rajin dan tekun untuk memperbaiki ekonomi, kaum Madura cepat mengambil peluang. Di Sambas, Kalimantan Barat, dari segi ekonomi orang-orang Madura dengan cepat mengatasi penduduk tempatan yang terdiri dari kaum Melayu dan  kaum Dayak.
Sebagai satu masyarakat “pulau” komuniti kaum Madura agak tertutup dan mengamalkan budaya dan cara hidup mereka sendiri. Kegagalan untuk mengadaptasi dan mengasimilisasi diri mereka dengan orang-orang tempatan telah mencetuskan satu pergaduhan berdarah yang mengorbankan ratusan nyawa (1999). Sesuatu yang ironis telah berlaku bila kaum Melayu (Islam) dan kaum Dayak (Kristian) telah bersatu untuk menentang kaum Madura. Jumlah sebenar kematian tidak dapat dipastikan kerana kesukaran dalam pendataan. Ada yang menyebut terdapat berpuluh ribu nyawa yang melayang.
Kaum Madura mempunyai nilai marwah diri yang tinggi. Marwah keluarga atau kaum amat dijunjung. Dimalukan adalah sesuatu yang amat hina, dan akan berusaha menghapuskan keaiban itu. Seorang ayah akan menghadiahkan sebilah senjata (celurit) apabila seorang anak lelaki telah berusia 12 tahun. Menebus marwah keluarga yang tercemar adalah sesuatu tindakan yang sangat mulia. Pemuda Madura adalah seorang yang berani dan bersedia untuk menentang apa sahaja yang menggugat marwahnya.
Di Ampangan ini tidak susah untuk mengenal pemuda Madura. Mereka berkumpulan dan gemar bercakap dengan dialek Madura dengan suara yang agak kuat, menunjukkan kebanggaan dan jatidiri yang hebat. Keberanian menjadi penduduk Ampangan tanpa memiliki dokumen adalah satu ciri yang agak menonjol.
Sifat rajin dan kuat bekerja adalah satu sifat yang sangat positif bagi kaum Madura. Sifat ini harus dicontohi oleh anak-anak Melayu Ampangan untuk dapat maju seiring dengan bangsa-bangsa lain.
Apa yang harus difikirkan dan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tempatan di Ampangan ini adalah untuk mendekati kaum Madura Ampangan ini dan membawa mereka untuk mengenali kaum Melayu dan lain-lain agar peristiwa Sambas tidak berlaku di Ampangan khususnya atau di mana-mana sahaja di Tanah Melayu ini.

Tak Habis-habis nak buat dosa ....


Altantuya Altantuya Altantuya - Fitnah Pembangkang Terbongkar.

TUESDAY, APRIL 10, 2012



Asalnya Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin PR yang lain mengharapkan kedatangan bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu ke Malaysia akan membantu pembangkang untuk memanaskan semula wayang fitnah kisah pembunuhan bekas model Mongolia yang selama ini di propagandakan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, namun sebaliknya pula yang berlaku.

Semalam, Dr Setev Shaariibuu dalam satu wawancara dengan media tempatan telah menjawab khabar angin kononnya kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah merasuah imbuhan wang supaya menutup mulut berkaitan kes kematian anaknya, Altantuya.

Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.

Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya.

"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Petikan: Mstar Online

Kenyataan Setev itu bukan sahaja mematikan terus khabar angin berkaitan isu menutup mulut, lebih dari itu ia juga membuktikan Perdana Menteri sedikit pun tidak pernah campurtangan dalam kes tersebut apatah lagi terkesan dengan cerita dongeng dan fitnah pembangkang yang berusaha mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.

Mereka cuba menggambarkan seolah-olah Najib adalah kekasih Altantuya dan kematian Altantuya pula dikaitkan dengan arahan langsung atau sebaliknya dari Najib dan Rosmah. Realitinya tidakpun begitu. Kalaupun misalnya semalam Setev tidak menyatakan sedemikian pun, hakikatnya antara Najib dan Altantuya bukannya saling mengenali satu sama lain.

Malah Najib sendiri sejak fitnah tersebut hebat didendangkan pembangkang suatu masa dulu telah sekurang-kurangnya tiga kali mengangkat sumbah mubahalah atas nama Allah s.w.t dengan mengucapkan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataalahi" menafikan dirinya pernah mengenali Altantuya apatah lagi terbabit dalam pembunuhan kejam tersebut.

Lebih tiga tahun berlalu hingga kini, Alhamdulillah tiada bala mahupun laknat Allah s.w.t menimpa Datuk Seri Najib sebaliknya satu demi satu tembelang & fitnah ciptaan Anwar pula yang pecah menyebabkan bau busuk ke seantero pelusuk negara termasuklah pendedahan terbaru oleh bapa Altantuya dalam isu rasuah menutup mulut yang terbukti hanya omong kosong puak pembangkang sahaja.

Isu Komisyen RM540 Juta

Demikian jua halnya dengan fitnah oleh Anwar, Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain yang pernah menjaja propaganda kononnya kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah 114.96 juta euro (RM540 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd untuk komisyen pembelian dua buah kapal selam Scorpene juga terbukti tidak berasas apabila laporan rasmi kontrak perolehan menjelaskan sebaliknya.

Komisyen RM540 juta yang diwar-warkan oleh Anwar dan balacinya sebagai komisyen pembelian kapal selam tersebut sebenarnya adalah nilai kontrak yang diberikan kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun manakala pembayaran oleh kerajaan kepada syarikat tersebut pula dilakukan secara berperingkat bergantung kemajuan projek yang dilaksanakan.

Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad serta K.S Ombak Laut Sdn Berhad bertanggungjawab secara langsung dalam pelbagai skop kerja sokongan & koordinasi misalnya;-

i. Penyediaan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.

ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.

iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.

iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu juga meliputi khidmat koordinasi yang perlu disediakan oleh syarikat Perimekar Sdn Bhd.

Perkhidmatan koordinasi yang dimaksudkan itu antaranya merangkumi tanggungjawab syarikat Perimekar Sdn Bhd untuk memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, membantu kontraktor utama membabitkan urusan maklumat prosedur perlaksanaan kontrak, penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan.

Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu selain ianya bukan bayaran komisyen, ia juga sama sekali bukan merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut.

Berkemungkinan untung bersih tahunan yang menjadi miliki syarikat tersebut adalah dalam jangkaan sekitar sejuta euro atau lebih sedikit, pendek kata ia bukannya satu kontrak yang mewah atau satu komisyen jatuh dari langit seperti yang di fitnah ke sana ke mari oleh Anwar dan pemimpin PR terhadap PM dan kerajaan.

Dalam apa saja isu yang Anwar cuba palitkan pada PM dan kerajaan Malaysia akhirnya Allah s.w.t membuka pintu kebenaran di penghujungnya sekaligus meletakkan Najib serta kerajaan pimpinannya di tempat yang sewajarnya jauh berbeza dengan nasib Anwar dan pemimpin pembangkang yang hingga kini satu demi satu aib mereka di buka dan menjadi tontonan ramai.

Pendek kata lain yang diharapkan oleh Anwar lain pula yang dia dapat. Bala yang diharapkan jatuh atas batu jemala Najib akhirnya jatuh gedebuk menghempak kepala Anwar dan pemimpin PR.

Sumber Beruang Biru


Psssttt... Fitnah mereka keatas Perdana Menteri Dato Seri Najib akan terus dilakukan sehingga ke PRU 13 nanti..

Cakap je pandai .......


Eksklusif - Video Demo PTPTN Yang Cuba Disembunyikan Pembangkang