Monday, 23 April 2012

JANGAN SAMPAI NEGARA TERGADAI .....


Agenda DAP PAP Penyatuan Malaysia Singapura

JIKA ORANG MELAYU MASIH BERBALAH ...APA AKAN TERJADI PADA KETURUNAN ANAK CUCU KITA NANTI....

Artikel Pisau sebelum ini banyak mendedahkan perihal grand design pecah dan perintah yang dirancang begitu rapi oleh DAP dan juga PAP.

Sila baca pendedahan Pisau yang cukup penting diketahui dan di fahami oleh seluruh rakyat Malaysia bahayanya DAP . 

Kalangan mereka yang menyokong membuta tuli kempen ABU tak lebih kepada menjadi alat DAP meluaskan pengaruh mereka.

Amat lemah dalam pengetahuan sejarah menjadi punca yang membarah kenapa orang melayu sanggup menyokong ideologi DAP .Hinggakan ada juak pakatan menyalahkan Umno kononnya menjadi punca kehilangan Singapura.

Hujah dangkal tanpa usul periksa ini membuktikan betapa pemalasnya melayu hingga terus menyalahkan parti yang memperjuangkan bangsa dan agama sendiri tanpa mengetahui sejarah disebalik perpisahan Malaysia dan Singapura.

Kenyataan Lim Kuan Yew yang mahukan Singapura bergabung kembali bersama Malaysia sejak 1997.

Dan pada 2004 Lim Kuan Yew didalam satu wawancara TV di Shanghai pernah berkata Singapura akan menyertai Malaysia semula tetapi dengan syarat Umno harus dihapuskan,setiap orang harus diberi kesaksamaan dan keadilan berdasarkan meritokrasi.

Dan sekali lagi 3 tahun kemudian ,2007 Lim Kuan Yew menyatakan hal yang sama

SINGAPORE, Oct 11 (Bernama) -- Some 10 years after remarking that Singapore might rejoin Malaysia if the island state's economy faltered and if Malaysia pursued meritocracy, Minister Mentor Lee Kuan Yew has again spoken on the subject.
Jika anda perhatikan,setiap kali kenyataan Lim Kuan Yew bercakap mengenai meritokrasi sama rata dan pengabungan adalah hampir kepada setiap pilihanraya umum dinegara kita.Adakah Lim Kuan Yew bercakap bagi pihak DAP?

Kenapa Kuan Yew begitu memusuhi Umno?Jika Kuan Yew memusuhi Umno maka PAP juga memusuhi Umno begitu juga DAP. Di sini anda sudah nampak kaitan yang amat kukuh mereka bermusuh dengan Umno atas sebab yang sama.Ini bukan satu kebetulan kerana sejak dari dulu lagi tertubuhnya DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia sebenarnya adalah perjuangan PAP.



Klik Sini Rahsia DAP terbongkar sebelum meneruskan artikel ini.





Pisau juga mendedahkan kenyataan Lim Kuan Yew yang mahukan penyatuan Singapura dan Malaysia jika Umno dihapuskan pada setiap kali pilihanraya negara Malaysia dan tertubuhnya "Asal Bukan Umno" yang didalangi oleh CheguBard dan kumpulannya.

Sebab dan kenapa kenyataan tersebut berkait rapat rancangan PAP,Kuan Yew mahu menakluki Malaysia melalui proksinya DAP.

Sebelum ini ramai yang memperlekehkan tindakan Tunku Abdul Rahman dan menyalahkan Umno kerana memisahkan Singapura dari Malaysia disebabkan buta sejarah. Tahukah anda Tunku adalah seorang hero dan penyelamat negara Malaysia daripada ditakluki oleh PAP dan Lim Kuan Yew pada ketika itu.Pada waktu itu jika Lim Kuan Yew tidak disekat majoriti orang melayu akan bertukar menjadi minoriti dalam sekelip mata dan PAP akan mendapat penguasaan parlimen secara keseluruhannya.(sila rujuk artikel rahsia DAP dibongkar.)

Sekarang ini agenda PAP dilaksanakan oleh DAP,setiap gerak dan langkah yang diambil didalam pakatan adalah plan jangka panjang . Ramai sependapat dengan Pisau, ini termasuklah ramai ahli parlimen BN dan pakatan yang dihubungi Pisau bahawa Anwar hanya dijadikan tunggangan terutamanya oleh DAP untuk melaksanakan agenda Malaysian Malaysia.

Timbulnya polemik siapakah bakal menjadi perdana menteri jika pakatan memerintah Putrajaya jika Anwar dipenjarakan. Ada yang berkata Hj Hadi Presiden PAS tetapi beliau awal awal lagi menolak kemudian ada juga cakap cakap apa salahnya melantik Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri hinggakan cadangan itu mendapat sambutan ramai pihak di sebelah pakatan.

Manakala Anwar pula rahsianya dipegang oleh DAP,ini kerana barisan peguambela terutamanya Karpal Singh mengetahui siapakah Anwar dan beliaulah orang yang pertama kali menuduh Anwar sebagai peliwat pada 1997.:



Baca Hansard Tuduhan Karpal terhadap Anwar liwat Selanjutnya klik sini

Anwar rahsianya dipegang oleh DAP,manakala PAS pula dikatakan tunduk kepada seluruh kehendak DAP seperti mana yang kita semua sedia maklum perjuangan negara Islam sudah ditukar kepada negara kebajikan . Negara berkebajikan yang digariskan oleh PAS sebenarnya adalah daripada kerangka Malaysian Malaysia.

Penguasaan DAP secara menyeluruh didalam pakatan membuktikan mereka lebih kuat dalam menentukan hala tuju pakatan.Hala tuju pakatan adalah hala tuju DAP. Kemanakah hala tuju DAP jika tidak meneruskan agenda PAP.

2004 ,PAS bertanding 85 kerusi,2008 bertanding 67 kerusi,dalam PRU13 cuma hendak bertanding 60 kerusi.Jika pakatan pembangkang menang,siapa akan berkuasa? Sudah tentu DAP sebagai parti yang dominan akan bertanding banyak kerusi nanti.Calon Perdana menteri akan dipilih dari kalangan parti yang dominan.Mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan,DAP berpeluang menjadi PM dalam pilihan raya akan datang. Apakah Guan Eng,Karpal atau Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri nanti?


Perkara 43 Dalam Perlembagaan Persekutuan.

- DYMM YDP AGONG hendaklah melantik Perdana Menteri dari kalangan ahli DEWAN RAKYAT yang pada hematnya merupakan seorang yang mendapat sokongan majoriti ahli dewan tersebut.


Sedangkan jawatan Menteri Besar Perak pun dipertikaikan oleh DAP apatah lagi jika pakatan berkuasa di parlimen yang dominasinya adalah DAP.Adakah saat itu Anwar akan diangkat menjadi PM?

Malaysia dikuasai oleh DAP dan PAP. Melayu & Bumiputra Majoriti menjadi minoriti.Raja Melayu di Singkirkan .Lahirnya sebuah negara RepublikBersatu Rakyat Malaysia

1 comment:


  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete