Powered By Blogger

Sunday 15 April 2012

Sanggup mengadai nyawa demi mencari rezeki ...


Kaum Madura Ampangan


Satu kaum yang agak unik di kalangan pendatang Indonesia di Seremban adalah kaum Madura.  Orang Madura sangat kuat bekerja dan mereka beragama Islam. Di Ampangan kelompok ini menempati kawasan Blok C, khususnya Lorong 3. Secara umum orang-orang  Madura boleh didapati di seluruh pelosok di bandar Seremban ini.
Satu hal yang menarik ialah orang-orang Melayu di Seremban, termasuk anggota PDRM tidak mengenali temperamen kaum Madura ini. Orang-orang Melayu bersikap streotype terhadap semua pendatang Indonesia, dan tidak mahu mendekati dan mengenali mereka. Pulau Madura yang terletak di timur Pulau Jawa adalah satu pulau gersang dengan kawasan pertanian yang amat terbatas. Kemiskinan yang disebabkan oleh terbatasnya sumber ekonomi serta kepadatan penduduk yang tinggi membuatkan ramai penduduk Madura meninggalkan pulau itu sama ada menyertai program pemerintah Indonesia (transmigrasi) atau mengadu nasib di negara tetangga (Malaysia).
Oleh kerana sifat rajin dan tekun untuk memperbaiki ekonomi, kaum Madura cepat mengambil peluang. Di Sambas, Kalimantan Barat, dari segi ekonomi orang-orang Madura dengan cepat mengatasi penduduk tempatan yang terdiri dari kaum Melayu dan  kaum Dayak.
Sebagai satu masyarakat “pulau” komuniti kaum Madura agak tertutup dan mengamalkan budaya dan cara hidup mereka sendiri. Kegagalan untuk mengadaptasi dan mengasimilisasi diri mereka dengan orang-orang tempatan telah mencetuskan satu pergaduhan berdarah yang mengorbankan ratusan nyawa (1999). Sesuatu yang ironis telah berlaku bila kaum Melayu (Islam) dan kaum Dayak (Kristian) telah bersatu untuk menentang kaum Madura. Jumlah sebenar kematian tidak dapat dipastikan kerana kesukaran dalam pendataan. Ada yang menyebut terdapat berpuluh ribu nyawa yang melayang.
Kaum Madura mempunyai nilai marwah diri yang tinggi. Marwah keluarga atau kaum amat dijunjung. Dimalukan adalah sesuatu yang amat hina, dan akan berusaha menghapuskan keaiban itu. Seorang ayah akan menghadiahkan sebilah senjata (celurit) apabila seorang anak lelaki telah berusia 12 tahun. Menebus marwah keluarga yang tercemar adalah sesuatu tindakan yang sangat mulia. Pemuda Madura adalah seorang yang berani dan bersedia untuk menentang apa sahaja yang menggugat marwahnya.
Di Ampangan ini tidak susah untuk mengenal pemuda Madura. Mereka berkumpulan dan gemar bercakap dengan dialek Madura dengan suara yang agak kuat, menunjukkan kebanggaan dan jatidiri yang hebat. Keberanian menjadi penduduk Ampangan tanpa memiliki dokumen adalah satu ciri yang agak menonjol.
Sifat rajin dan kuat bekerja adalah satu sifat yang sangat positif bagi kaum Madura. Sifat ini harus dicontohi oleh anak-anak Melayu Ampangan untuk dapat maju seiring dengan bangsa-bangsa lain.
Apa yang harus difikirkan dan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tempatan di Ampangan ini adalah untuk mendekati kaum Madura Ampangan ini dan membawa mereka untuk mengenali kaum Melayu dan lain-lain agar peristiwa Sambas tidak berlaku di Ampangan khususnya atau di mana-mana sahaja di Tanah Melayu ini.

No comments:

Post a Comment