Sunday, 22 July 2012

Pakar Pelingkup PUTRAJAYA

Yusof Hassan mantan Pengarah Bahagian Perhubungan dan Sumber Manusia JAKIM yang kini ahli Pas berpantun, "Apa guna pergi ke bendang, kalau tidak menanam padi, apa guna keris disandang kalau tidak berani mati!" 

Berani mati untuk apa? Kuasa di tangan mengurus sebuah Negeri Kelantan pun tak dijalankan amanah dengan berintegriti. Kuasa menegur Kerajaan Selangor yang didalang oleh Ronnie Liew yang dicap oleh kalangan Akauntan Cina dan Juruaudit Cina Negeri Selangor sebagai "bapa parasit" Selangor, pun tak boleh. Apa lagi menegur Kerajaan Pulau Pinang dibawah telunjuk Komunisme melalui DAP pun tak bertelur?!

Kedah sebuah negeri yang terkeluar daripada senarai kerana Azizan pandai bawa diri dalam menghaluan pentadbiran kuasa eksekutif negeri, walaupun pelbagai polemik wujud dan keputusan "tidak bodoh"nya, agar PKNK menjual saham FGVHB sebanyak 500,000 saham. Akhirnya penganut dan penghimpun OREN karangan Pas juga tertipu dan ditipu mentah-mentah oleh pemimpin Pas sendiri. Tahniah?!
Kini begitu ramai artis Malaysia, bekas pegawai kanan kerajaan Persekutuan yang merajuk diri, juga bekas ahli politik yang tak dapat jadi Pengerusi MAS, Pengerusi GLC lain-lain; telah membawa diri masuk Pas dan buat pelbagai agenda "halal" yang "haram", sesuai dengan amalan Syiah, Wahabi dan Khawarij cetakan Pas. Pas yang dikhabar oleh Kadir Sheikh Mamak sebagai parti bersama-sama memerdekakan negara? Hey brader...Pas tidak wujud pada 1946. Pas hanya wujud pada 1951 dan secara rasmi pada 1955 disebabkan hasutan dan tipu daya Inggeris. Pas adalah kalam-kalam politikus PAKAR PELINGKUP PUTRAJAYA.
Begitu ramai yang merajuk tidak sedar bahawa selama ini mereka makan nasi atas ehsan Kerajaan Barisan Nasional berfahaman kuat Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Begitu ramai yang lupa diri dan sedang mengalami konflik identiti kerana apabila pencen, memilih untuk keluar Barisan dan mengambil keputusan masuk Bulatan terbitan Freemasonary.
Semua yang merajuk sebenarnya "mereka hendak lawan siapa"? Kerajaan Barisan Nasional zalim mengikut nahu mereka berasaskan apa? Buktikan siapa yang hidup merempat di kalangan mereka yang merajuk ini?
Pas dalam penulisan harakah tidak selesai dalam urusan ranting/furuq. Inilah skema latihan doktrin Pas supaya rakyat terus dibuai mimpi Syurga untuk Pas dan kononnya Neraka jika undi UMNO! Sedangkan Pas berterusan membenarkan fahaman Komunisme, Freemasonary, Syiah, Wahabi dan Khawarij bermaharajalela dan sedia maharaja dalam lantai-lantai kemerdekaan sejak 31 Ogos 1957.
Sudah terang lagi bersuluh DAP ialah pembawa ajaran Komunisme dan Sosialisme melampau dalam negara sejak diangkut daripada 20 April 1930. Mereka telah merancang program perampasan kuasa secara fizikal dan mental. Dek peristiwa Perjanjian Hadyai 1989, mereka terpaksa akur bahawa rampasan fizikal gagal. Hari ini peralihan minda bermula secara halus dan diam, terutama dikalangan anak muda urban.
Mencetak pakar-pakar pelingkup PUTRAJAYA ialah anggota pegawai kerajaan yang simpati dengan Anwar Ibrahim. Ottawa Lodge 158 merakam bahawa Anwar Ibrahim bertaraf Bishop. Kalau boleh dibuka laman itu, maka dapatlah fahaminya. 
Freemasonary mula mengintai Anwar Ibrahim pada tahun 1971. Banyak pembuktian fizikal dan nyata ada dalam simpanan bilik kebal Negara tentang Anwar Ibrahim yang tidak ditelanjangkan. Kerajaan Persekutuan Malaysia di bawah Barisan Nasional masih bijaksana dalam menterjemah makna AMAN dan DAMAI, yang kian dinafikan oleh kumpulan kufur nikmat Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi Awang.
Akhbar Harakah, Roket dan Keadilan sudah memainkan isu-isu dan api melaknat ketuanan Negara secara diam, ibarat api dalam sekam, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut.
Pembaca simpati Pas, PkR dan DAP yang ikuti penulisan Paneh Miang, pasti akan terangsang untuk tidak bersetuju; kerana akal dan fitrah adab mereka telah rosak lagi merosakkan. Rosak mereka kerana doktrin-doktrin 1930, doktrin 1955 dan doktrin 1997 yang menjadi sebahagian daripada denyut nadi mereka, tanpa mereka benar-benar faham akan maknanya.
Wahai UMNO yang sedang dilamun cinta "gelojoh dan tolol", kalau nak lawan dan berperang dengan Pembangkang, bunuhlah ideologi mereka, bukan hanya dengan "cinta siber" semata-mata...

1 comment:


  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete