Powered By Blogger

Wednesday 7 March 2012

Anuar bakal menjahanamkan Ekonomi Kedah pulak lepas nie ....



Anwar yang menjadi penasihat RM1 kepada Kerajaan Negeri Selangor mengorak langkah apabila dicadangkan menjadi penasihat ekonomi Kedah. Apa macam? Selangor dah lingkup sekarang tunggu giliran Kedah pulak.


Tahniah kepada PAS. Selesai masalah. Tak payah tanya di mana dapat idea ‘CAVEAT MB’ ini. Modelnya dah ada. Tak tahu? Ramai yang tak tahu bahawa MB Selangor pun kena CAVEAT dengan kepimpinan PKR dan Azmin Ali.


Model yang dibuat di Kedah lebih kurang sama. Selepas semua pemimpin PAS cuba selesaikan masalah – deadlock. Maka, hadirlah seorang insan kamil dari Segambut yang memberikan idea BERNAS untuk meletakkan caveat kepada MB Kedah. Tak kenal orang itu?
Cadangan untuk melakukan ‘caveat’ kepada MB ini bukan benda baru. Anwar dan PKR dah buat lama. Kalau ada yang kata, MB Selangor adalah sangat berkuasa dan mempunyai segalanya dalam tangan. Perlu fikir semula. Kalangan penyokong PKR sendiri pun tahu, tak banyak mana kuasa MB Selangor. Semua kena refer kepada Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri. Salinan minit mesyuarat Exco dan mesyuarat UPEN juga perlu diserahkan kepada Pejabat Penasihat Ekonomi.

Status report karya Rafizi Ramli lebih ‘berkuasa’ daripada minit MB di Selangor. Jangan main-main.

Ok, sekarang model sama akan dilaksana di Kedah. PAS perlu belajar bagaimana Anwar/Azmin mengawal kuasa MB Selangor. Ada cadangan untuk turut melantik Anwar sebagai ‘Penasihat Ekonomi Negeri Kedah’ dengan gaji RM1. Ini satu lagi publisiti murahan yang sedang dirancang.

Takkan PAS tak ada think tank sendiri yang boleh manage ekonomi Negeri Kedah. Takkan semuanya nak letak di bahu Anwar.

Kalau di Selangor, Azmin boleh menjadi ‘master’ untuk caveat kuasa MB – siapa yang akan jadi ‘master’ di Kedah. Mahfoz tak ada brain. Mat Sabu juga tak ada brain. Sebab itu idea untuk menarik Anwar sebagai penasihat ini timbul malam kelmarin.

Azizan akui, dia tidak mampu nak menarik pelabur. Ini masalah besar. Warga Kedah nak tengok ekonomi yang lebih baik. Sebab itu ada cadangan daripada Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat untuk meletakkan Anwar sebagai penasihat. Katanya, dua EXCO yang dilantik semula: Ir Pharolrazi dan Dr Ismail; juga menjadi pembawa usul kepada cadangan ini.
KN kata "PKR parti yang paling lemah dalam pakatan,tapi dengan kuasa Anugerah Tuhan Kedah akhirnya jatuh ketangan mereka"

No comments:

Post a Comment