Powered By Blogger

Tuesday 6 March 2012

Sejarah Politik Negeri Sembilan

Bermula Pilihan raya 1955 Idris Matsil menang di kerusi Kuala Pilah dalam Pilihan raya 1955. Bahaman Samsudin yang berasal dari Kuala Pilah terpaksa bertanding di Teluk Anson. Idris Matsil menjadi ketua perhubungan UMNO Negeri Sembilan. Dr Muhd Said Muhammad bertanding di Linggi , menang tanpa bertanding. Dalam pilihan raya 1955, 12 kerusi dipertandingkan dan calon Perikatan menang tanpa bertanding di 9 kawasan. Mereka yang menang tanpa bertanding ialah : Datuk Raja Abu Hanifah Abdul Ghani (Rantau) Ahmad Haji Omar (Labu) Dr Muhd Said Muhammad (Linggi) Lee Tee Siong (Pilah) Abdul Samad Idris (Johol) Ariffin Ali (Jempol) Abdul Wahab Idris (Tampin) Kehar Singh (Port Dickson) Ibrahim Haji Mansor (Jelebu) Alias Rasul (UMNO/Perikatan) menewaskan calon Bebas, Ismail Tamin di Lenggeng. Abdul Hamid Mahmud (UMNO/Perikatan) menewaskan calon Parti Negara , Abdul Hamid Ebok . Chin See Yin (MCA/Perikatan) menewaskan calon Parti Buruh, Robert Singam. Pilihan raya 1959 Negeri Sembilan mempunyai 24 kerusi DUN dan 6 kerusi parlimen. Mereka yang menang kerusi parlimen ialah : Bahaman Samsudin (UMNO/Perikatan) - Kuala Pilah Muhamad bin /Ujang (UMNO/Perikatan) - Jelebu/Jempol Haji Redza Muhd Said (UMNO/Perikatan) - Rembau/Tampin T Mahima Singh (MIC/Perikatan) - Port Dickson Quek Kai Dong (Bebas) - Seremban Barat Chin See Yin (Bebas) - Seremban Timur Calon yang menang peringkat DUN Negeri Sembilan 1959 ialah : Dr Muhd Said Muhammad (UMNO/Perikatan) Linggi Abdul Samad Idris (UMNO/Perikatan) Seri Menanti Haji Khatib Muhd Noor (UMNO/Perikatan) Jempol Muhd Idris Matsil (UMNO/Perikatan) Pilah Abu Kassim Saad (UMNO/Perikatan) Johol Ariffin Ali (UMNO/Perikatan) Ulu Muar Haji Awaluddin Ahmad (UMNO/Perikatan) Si Rusa Siti Rahmah Kassim (UMNO/Perikatan) Terentang Muhd Taha Talib (UMNO/Perikatan) Tampin Muhd Yusuff Abdullah (UMNO/Perikatan) Kota Aminuddin Abdul Wahab (Bebas) Pertang Lim Kim Kee (MCA/Perikatan) -Kuala Klawang Thong Hiang Kim (MCA/Perikatan) -Bahau Lim Kim Sai (MCA/Perikatan) Rompin Lim Kee Siong (MCA/Perikatan) Sungai Ujong Lee Tee Siong (MCA/Perikatan) Bukit Nanas S Sathippan (Sosialis Front) Labu Gurnam Singh Gill (Sosialis Front) Rantau Han Hiu Fong (Sosialis Front) Rahang V Letchumanan (Sosialis Front) Jimah M Mutucumaru (Sosialis Front) Pasir Panjang Fong Yew Wang (Sosialis Front) Gemas Chin See Yin (Bebas) Lukut Aminuddin Abdul Wahab yang menang di Pertang telah menyertai semula UMNO bagi mengukuhkan suara UMNO dalam DUN Negeri Sembilan. Konfrontasi dengan Indonesia pada 1965 merencatkan pembangunan negeri. Dalam tempoh 1959-1964, kerajaan giat membina jalan raya dan balai raya di kampung-kampung. Jalan tanah merah diturap dengan jalan tar. Pergolakan dalam UMNO Negeri Sembilan menyebabkan pusat melantik Abdul Rahman Talib dari Pahang dan Menteri Pelajaran menjadi Ketua Perhubungan UMNO Negeri. Dr Muhd Said Muhammad selaku Menteri Besar hanya sebagai Timbalan Ketua Perhubungan UMNO negeri. Menteri Besar melantik setiausaha Pemuda UMNO negeri, Darul Aman sebagai setiausaha politiknya. Dr Muhd Said menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dari 1959-1969. Mansor Othman menjadi Menteri Besar dari 1969-1978. Pergolakan dalam pemilihan calon menjelang Pilihan raya umum Malaysia 1959 menjejaskan kemenangan UMNO / Perikatan di Negeri Sembilan. Dua kerusi parlimen iaitu Seremban Barat dan Seremban Timur jatuh kepada calon Bebas. Chin See Yin (Bebas) menang di Seremban Timur . Quek Kai Dong yang memprotes calon MIC, A S Dawood di Seremban Brat memang di kerusi tersebut. Pergolakan dalam MCA menang meruncing apabila Presiden MCA, Lim Chong Eu keluar parti MCA kerana tidak puas hati dengan peruntukan kerusi kepada MCA. Ramai penyokong beliau termasuk di Negeri Sembilan mengikut jejak beliau meninggalkan MCA dan menaja calon-calon Bebas menentang calon MCA. Veteran UMNO , Ibrahim Haji Mansor tewas di DUN Pertang kepada calon Bebas,Cikgu Aminuddin Abdul Manap ahli UMNO yang memprotes pemilihan calon bukan anak tempatan di situ. Ibrahim Haji Mansor berasal dari Tembun,Kuala Klawang diletak bertanding di Pertang , disebabkan DUN Kuala Klawang diagihkan kepada calon MCA. Oleh itu, ahli UMNO Pertang memprotes. Bahaman Samsudin yang menang di parlimen Teluk Anson dalam pilihan raya 1955, dibawa balik dan bertanding di parlimen Kuala Pilah. Beliau memang berasal dari Kuala Pilah dan menjadi pegawai daerah Kuala Pilah. Tetapi Inggeris menyingkirkan beliau ke Teluk Anson. Idris Matsil dipindahkan darim parlimen Negeri Sembilan Utara ke DUN Pilah supaya boleh menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Ini kerana beliau adalah Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sembilan. Tetapi pimpinan pusat menetapkan Dr Muhd Said Muhammad bertanding di DUN Linggi bakal menjadi Menteri Besar. Oleh itu Idris Matsil terpaksa setuju dan menerima jawatan Exco sahaja demi perpaduan dalam parti. Abdul Jalil yang menang di Lenggeng dilantik menjadi Speaker. Dr Muhd Said adalah menteri besar pertama dilantik melalui pilihan raya. Sebelum 1959, menteri besar dilantik daripada kalangan pegawai tinggi kerajaan yang diawasi penasihat British. Penasihat British terakhir ialah Tan Sri Haji Mubin Sheppard. Abdul Samad Idris yang menjadi Exco dan Pengerusi Hal eEhwal Agama Islam telah mengambil inisiatif menubuhkan Sekolah Menengah Agama Tinggi di Jalan Sikamat, Seremban. Banyak sekolah menengah agama rendah dan tinggi telah dibina. Anak-anak yang gagal melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah tamat darjah enam di sekolah kebangsaan memasuki sekolah menengah agama rendah. Pada 1959, Sekolah Menengah Melayu yang pertama di Negeri Sembilan memulakan sesi persekolahan dengan 80 orang murid dan 3 orang guru.Sekolah ini menumpang di Sekolah kebangsaan Channer Road (sekarang SK Sri Kelana). Akhirnya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Tunku Pilihan raya 1964 Dalam pilihan raya 1964, Perikatan menang semua 6 kerusi parlimen dan 24 kerusi DUN.Konfrantasi dengan Indonesia semakin tegang. Pembangkang terutama Sosialis Front tidak setuju dengan pembentukan Malaysia. Pilihan raya 1964 menjadi penentu sokongan penubuhan negara baru Malaysia yang meliputi Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak (16 September 1963). Lee Kuan Yew selaku pengerusi PAP dan Perdana Menteri Singapura telah meletakkan calon menentang parti Perikatan, pada hal mereka telah bersetuju tidak akan bertanding. Namun dengan kehadiran calon PAP, calon Perikatan dapat menewaskan calon Sosialis Front. Sosialis Front bergabung dengan Parti Buruh dan Parti Rakyat. Menjelang pilihan raya 1964, bekas menteri pertanian , Abdul Aziz Ishak menubuhkan Parti perhimpunan kebangsaan (PPK) dan bergabung dengan SF. Di Sermeban Timur, calon MCA, Lim Kee Song menewaskan calon PAP dan SF. Di Seremban Barat, Quek Kai Dong menang atas tiket Bebas pada 1959, telah menyertai MCA dan mempertahankan kerusi itu pada 1964. Muhd Matsil Idris beralih ke parlimen Jelebu-Jempol menewaskan calon Sf, Tan Beng Soo dan calon UDP, Major (B) Abdul Razak.] Kematian Adun MCA di kawasan Rahang pada 1965 menyebabkan pilihan kecil Rahang diadakan.Ketika itu Singapura baru disingkirkan dari Malaysia. PAP secara automatik tidak boleh bertanding di Semenanjung. Namun DAP ditubuhkan tetapi tidak sempat menyertai pilihan raya. Calon-calonnya bertanding sebagai calon Bebas.Dr Chen Man Hin sebagai calon Bebas menang di Rahang. Maka Chen Man Hin dilantik sebagai Pengerusi kebangsaan DAP , bagi menggantikan PAP. Semasa pemerintahan Inggeris, Bahaman Samsudin menjadi DO Seremban dan menjadi ketua perhubungan UMNO Negeri Sembilan. Tetapi Bahaman telah dipindahkan ke Teluk Anson. Maka, harapan ahli -ahli UMNO agar Bahaman memimpin UMNO negeri tidak terlaksana. Datuk Raja Abu Hanifah Abdul Ghani yang pernah menang tanpa bertanding di Rantau , telah menyertai PAS. Dia menjadi Naib Yang di-Pertua PAS. Beliau telah ditahan di bawah ISA kerana disyakki menyokong kerjasama dengan Indonesia. Tahun 1964 juga, Raja Abu Hanifah tidak dipilih bertanding di Kelantan , padahal pemimpin tertinggi PAS lain bertanding di Kelantan. Raja Abu Hanifah menang di parlimen Kelantan dalam pilihan raya 1959. Bekas Presiden MCA, Dr Lim Chong Eu menubuhkan UDP (Parti Demokratik Bersatu). UDP turut meletakkan calon dalam pilihan raya 1964. Cikgu Mohd Noor Abdul Hamid bekas pemimpin UMNO Rantau bertanding atas tiket UDP di kerusi DUN Rantau. Bekas pengerusi tetap UMNO di Rembau, Haji Syariff Harun juga menyertai UDP dan bertanding di DUN Kota di Rembau. Semua calon pembangkang tewas termasuk Dr Sulaiman Muhd Atas , pemimpin Sosialis Front Negeri Sembilan yang bertanding di DUN Tampin. Beliau kalah kepada calon UMNO, Muhd Taha Talib. Pengerusi Pari Buruh Negeri Sembilan, Daud Haji Ahmad bertanding di DUN Kuala Klawang . Calon Sosialis Front, Jaalam Othman bertanding di DUN Seri Menanti menentang ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Abdul Samad Idris. Ibrahim Baba (SF) bertanding di DUN Lenggeng menentang speaker , Datuk Abdul Jalil Aminuddin. Selepas 1964, krisis terbuka antara Parti Buruh dengan Parti Rakyat menyebabkan gabungan mereka dalam Sosialis Front tidak dapat bertahan.Antara puncanya ialah ketua satu Parti Rakyat, Ahmad Boestamam yang masih dalam tahanan berkrisis dengan pengerusi Parti Buruh yang baru, Lim Kean Siew. Mereka bertikai tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar/ bahasa kebangsaan di Malaysia. Lim Kean Siew mengambil alih teraju Parti Buruh apabila pengerusinya Ishak Haji Muhammad ditahan bersama Datuk Raja Abu Hanifah Abdul Ghani dan Abdul Aziz Ishak pada 1965. Lim Kean Siew bertanding dalam Pilihan raya kecil Air Itam, Pulau Pinang berikutan kematian Adun MCA. Lim Kean Siew menang dengan isu bahasa yang dibangkitkannya. Dalam Pilihan raya kecil Rahang, Parti Rakyat tidak turun berkempen untuk calon Parti Buruh, Yim Chee Chong. MCA masih tewas. Calon Bebas yang ditaja PAP iaitu Dr Chen Man Hin menang di Rahang. Selepas SF berpecah, Dr Sulaiman Muhd Atas menyertai UMNO di Tampin. Muhd Taha Talib telah berundur dan memberi laluan kepada Dr Sulaiman Atas bertanding di Tampin pada Pilihan raya 1969. Pilihan raya 1969 Keputusan pilihan raya pada 10 Mei 1969 memeranjatkan dan di luar dugaan sama sekali. Tiga calon UMNO Negeri Sembilan tewas kepada calon DAP dan dua daripada calon DAP itu bukan Melayu. Dua calon veteran UMNO menang dengan majoriti tipis kepada calon bukan Melayu yang diletakkan oleh DAP.Calon UMNO kalah di kawasan yang majoriti pengundinya Melayu. Tiga calon UMNO yang kalah ialah Abdul Rashid Muhammad kalah kepada calon bukan Melayu iaitu Dr A Soorian di DUN Linggi. Abdul Samad Said tewas kepada calon DAP, Haji Hassan Haji Ahmad di Si Rusa . Sulaiman Jaalam tewas kepada calon DAP, Lee Geok Shean di Pasir Panjang. Dua veteran UMNO menang majoriti tipis iaitu Muhd Idris Matsil di kawasan Pilah dengan majoriti 6 undi sahaja. Zainal Abidin Lati menang tipis di Lenggeng dengan majoriti 45 undi.Calon-calon DAP yang kalah cuma 300 undi sahaja. Kawasan parlimen Port Dickson (sekarang Teluk Kemang) , Perikatan kalah teruk kepada DAP kerana tindakan penyokong-penyokong Dr Muhd Said membantu kempen calon-calon pembangkang. Dr Muhd Said telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan secara tiba-tiba dengan alasan mahu menumpukan kerjayanya sebagai doktor perubatan di kliniknya. Mansor Othman seorang eksekutif syarikat Shell Port Dickson dibawa masuk bertanding. Daud Haji Ahmad bekas pemimpin SF (Sosialis Front) yang menyertai DAP bertanding semula di DUN Kuala Klawang melawan calon MCA , Lim Kim Kee, hanya kalah dengan majoriti lebih 200 undi sahaja. Haji Muhd Shariff Harun bekas pemimpin UDP bertanding semula di DUN Rantau atas tiket DAP. Dia kalah tidak sampai 150 undi kepada calon MIC. DAP meletakkan 16 calon di Negeri Sembilan dan memenangi 8 kawasan. MCA kalah menghadapi krisis kepimpinan. Chin See Yin menubuhkan parti baru iaitu UMCO (United Malaysia Chinese Organisation) dan bertanding di mana sahaja DAP meletakkan calon. UMCO dituduh ditaja oleh MCA bagi menghadapi DAP dengan memainkan sentimen kaum Cina tetapi ternyata UMCO tidak berjaya. Malah presidennya , Chin See Yin kalah dan hilang wang pertaruhan di parlimen Seremban Timur.UMCO hanya bertanding di Negeri Sembilan sahaja dan semua calonnya mendapat tidak lebih 500 undi. Tunku Abdul Rahman turun berkempen di Kuala Pilah pada 15 April 1969. Beliau mengingatkan bahawa Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diungkit-ungkit.Namun DAP dan Gerakan tidak sabar-sabar mahu mengadakan perarakan kemenangan tanpa menghiraukan perasaan orang Melayu. Tiga hari selepas pilihan raya 1969, Peristiwa 13 Mei tercetus di Kuala Lumpur dan darurat diisytiharkan di seluruh negara.

 KN Menasihatkan kepada orang-orang Melayu N9 supaya jangan mementingkan diri sendiri , nati sejarah akan tinggal sejarah sahaja ....

No comments:

Post a Comment